Mohammad, suara kau merdu bak buluh perindu kan?
Ya, aku sendiri akui akan hakikat itu. Kenapa kau bertanyakan hal itu, dude?
Boleh kau tolong aku?
'Kan ku cuba semampu mungkin. Kira-kira, hal apa yang perlu ku tolong, dude?
Tolong-lah kau runtunkan hati ku yang lara ini dengan suara merdu kau itu.
Ya? Bagaimana caranya, dude?
Ya. Kamu bertanya, maka aku akan memberitahu. Sudi kau mendengar kisahku, dude?
Kita ini sudah seperti saudara kandung. Dari sinar mata kau, dari getar nada kau, dapat aku tebak kau sedang berhati galau. Silakan bercerita sobat. Aku sedia mendengar.
Terimakasih dude. Kau memang terbaik dari ladang.
Heh.
Adapun, aku kini merasakan kehilangan yang amat. Suatu kehilangan yang tidak aku inginkan. Aku kehilangan sebahagian dari hidup ku. Jiwa ku kesepian, hati ku terseksa tatkala melepaskan sesuatu yang berharga buat diri ku tanpa kerelaan hati rawan ini. Kau faham maksudku, dude?
Teruskan bercerita, agar aku diilhami dengan kefahaman yang lebih jelas untuk memahami punca kegalauan kau, dude.
Ini, telefon tangan ku. Kau baca-lah perutusan-perutusan yang di dalamnya.
Baik. Sebentar.
*
*
*
Aku mula faham. Boleh aku tahu apa puncanya, dude?
Aku, bukan-lah sesiapa. Aku ini marhaen yang berkasta rendah yang tidak memiliki sebarang harta kekayaan. Namun, aku jua ingin hidup bahagia. Tetapi sayangnya, aku lupa yang aku sedang hidup dalam period yang memerlukan aku, kau, dan semua orang memiliki harta dan status sosial yang boleh dibanggakan untuk mencapai kebahagiaan idaman hati. Dan kerana aku adalah seorang pecundang yang tidak memiliki apa-apa, maka aku terpaksa mengalah dan melupakan segala impian aku. Aku sangat rapuh untuk menghadapi semua ini. Jiwa ku kosong, dude.
Dude, melepaskan sesuatu yang kau dambakan untuk meleraikan kekusutan yang saling berkait, itu tindakan yang wajar dipuji. Memang, kau akan merasa sangat tidak enak untuk berhadapan dengan perasaan kau sendiri. Jiwa kau akan menjadi sangat kacau. Tapi dude, kalau ini-lah pengorbanan kau untuk memuaskan hati semua orang, maka kau harus redha. Apa pun yang kau rasa, maka hadapi-lah dengan berani. Ingat dude, meski kau tidak dapat menikmati apa yang kau inginkan kali ini, akan sentiasa ada masa yang yang lain. Dan Tuhan akan mengabulkan hasrat hamba-Nya dengan pelbagai cara. Sama ada ditunaikan permintaan kau dengan segera, dilambatkan permintaan kau dengan kadar masa yang dikehendaki-Nya, atau pun tidak akan memberikan langsung apa yang kau pinta. Sebaliknya akan diberikan-Nya sesuatu yang lebih baik daripada yang kau impikan. Dude, dunia ini tidak kejam kepada kita. Kita ini sebagai manusia yang kejam terhadap diri sendiri. Ini sahaja-lah yang mampu aku pesan kepada kau, dan kepada diri aku sendiri.
Dude?
Ya?
Sejak bila kau join tabligh ni?
Ha ha!
Heh! Oh, mauduk asal. Kira-kira , lagu apa yang sesuai ek dude?
Dia, dari Fauziah Latiff. Mahu?
Silakan dude. Runtunkan kalbu ku ini. Dan, terimakasih dude. Terang lagi bersuluh, kau memang terbaik dari ladang!
..